Postingan

Hadrah BaSaudan

Imam Hujjatul Islam Syaikh 'Abdullah bin Ahmad bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdur Rahman BaSaudan rahimahumUllah jami`an dilahirkan di desa Khuraibeh, wadi Dau`an, Hadhramaut pada tahun 1178H. Nasab beliau bersambung kepada Sayyidina al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi RA, sahabat Junjungan Nabi SAW. Syaikh Abdullah BaSaudan sejak kecil lagi telah diasuh dengan didikan agama. Sejak usia tersebut lagi beliau telah menghafal al-Quran dan berbagai matan ilmu. Beliau mempunyai ramai guru, di antaranya ialah Syaikh 'Abdullah bin Ahmad bin Faris BaQais dan Habib 'Umar bin Abdur Rahman al-Baar, murid Imam al-Haddad RA, yang menjadi syaikh futuhnya, Habib Ahmad bin 'Ali Bahar al-Qadimi, Habib Hamid bin 'Umar Hamid, Habib Ahmad bin Hasan al-Haddad, Habib Husain bin 'Abdullah bin Sahal, Habib 'Umar bin Saqqaf as-Saqqaf, Habib Syaikh bin Muhammad bin Hasan al-Jufri, Habib Hasan bin Shaleh al-Bahar al-Jufri, Habib Thahir bin Husain bin Thahir dan Habib 'Uma...

Akhlak Wahai Sayyid

Antara tujuan Junjungan Nabi SAW diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan dan keluhuran akhlak terpuji. Bagindalah contoh suri tauladan unggul bagi sekalian umat. Maka hakislah kemuliaan seseorang itu walaupun dia memiliki susur nasab yang mulia dek kerana akhlak yang bejat. Dari itulah, maka al-`Arif Billah Mawlay al-`Arabiy ad-Darqawi al-Hasani (wafat tahun 1239H/1823M) rahimahUllah dalam warkahnya menulis, antara lain sebagai berikut:- Dengarlah wahai faqir, bahawasanya aku telah menegur sebahagian syurafa` (yakni para syarif yang bernasab kepada Junjungan Nabi SAW) - moga-moga Allah meredhai mereka - yang melakukan kesalahan kepada sebahagian manusia: "Sesiapa yang mendakwa dirinya seorang syarif, sedangkan akhlak perilakunya keji, maka dia adalah seorang pendusta, kerana syarif yang sebenar adalah seorang yang mulia akhlaknya. Bagaimana dia boleh berakhlak keji, sedangkan dia berasal daripada Junjungan Nabi SAW - yang mana Allah telah berfirman memuji baginda : ...

Syaikh Ibrahim al-Fathani

Syaikh Ibrahim bin Daud bin `Abdul Qadir al-Fathani asy-Syafi`i al-Makki adalah ulama keturunan Jawi yang lahir di Makkah pada tahun 1320H. Beliau mendapat didikan awal daripada ayahandanya sendiri sehingga berjaya menghafal al-Quran dalam usia kecil, kemudian ayahandanya mengajar beliau karya as-Sayyid Husain al-Maliki sebelum memasukkan beliau ke Madrasah al-Hasyimiyyah. Selain belajar secara formal di madrasah tersebut, beliau turut menuntut dengan para ulama di luar, dan antara guru beliau adalah Syaikh Muhammad bin `Abdul Qadir al-Fathani, Syaikh Muhammad `Ali bin Husain al-Maliki, Syaikh Yahya Aman, Syaikh Sa`id Yamani, Sayyid `Abbas bin `Abdul `Aziz al-Maliki, Syaikh Muhammad Habibullah as-Syinqithi al-Mishri al-Maliki, Syaikh `Umar BaJunaid, Syaikh `Umar al-Mahrasi, Sayyid Muhammad Amin Kutubi, Syaikh `Isa Rawwas dan ramai lagi, rahimahumUllah. Setelah menamatkan pengajian, beliau mengajar dalam Masjidil Haram serta di beberapa tempat dan madrasah di Makkah. Beliau juga per...

HUKUM MENGGANTUNG FOTO

Menggantung gambar-gambar foto adalah satu kelaziman dalam masyarakat kita. Barang mana tempat kita pergi, baik pejabat, sekolah maupun rumah kediaman, kita akan melihat foto-foto digantung atau diletak di sana sini, baik foto para pemimpin negara atau foto-foto ahli keluarga. Jadi perbuatan menggantungkan gambar-gambar fotografi ini telah diterima oleh masyarakat kita, tanpa menafikan wujudnya perselisihan pendapat mengenainya. Apa yang zahir bahawa kebanyakan umat Islam di negara ini menerima pendapat yang mengharuskan gambar-gambar fotografi yang munasabah dan yang tidak menimbulkan fitnah. Pendapat yang mengharamkan secara mutlak akan gambar-gambar fotografi nampaknya tidak diikuti oleh masyarakat kita. Di antara ulama yang memfatwakan keharusan memotret atau merakam gambar-gambar fotografi adalah mantan mufti Mesir, al-'Alim al-'Allaamah Syaikh Muhammad Bakhit al-Muthi`ie rahimahUllah dan pandangan beliau ini diutarakannya dalam karyanya berjodol "al-Jawaabul Kaafi ...

Keutamaan Ahli Ilmu/Kyai/Ustadz Ahlussunnah Wal Jama'ah wal bid'ah hasanah

Ulama yang haq itu adanya Disifatkan oleh Junjungan SAW sebagai pewaris baginda. Telah masyhur akan sabdaan Baginda mengenainya. Oleh itu, carilah kamu wahai saudara Carilah akan pewaris - pewaris baginda Pabila berjumpa Duduklah kamu besertanya Sambil menghirup dan menikmati ilmu dan akhlaknya Baik yang masih hidup bernyawa di dunia fana Dengan hadir majlis-majlis mereka Menuntut dan menadah di hadapan mereka Bagi yang telah berpindah ke alam baqa Bersamalah mereka dengan kecintaanmu sentiasa Telaah dan kaji tinggalan mereka Berupa kitab karangan, makalah, risalah juga Jangan jemu dan jangan leka daripadanya Antara keutamaannya ulama Sebagai dinyata ulama tabi`in yang tiada tara Imam Hasan al-Bashri atasnya rahmat Tuhan semesta Dipungut dari karya pemuka ulama Habib 'Abdur Rahman mufti bangsa al-Masyhur ternama Kitab cemerlang "Bughyatul Mustarsyidin" rujukan utama Goresan pena orang alim itu adanya Adalahlah ia tasbih umpamanya Mencatat ilmu ...

Habib Kuncung

Beliau adalah al-Habib Ahmad bin Alwi al-Haddad, dilahirkan di Kota Ghurfah, Tarim, Hadhramaut tanggal 26 Sya'baan 1254H. Selain ayahandanya, guru-guru beliau, antaranya, adalah Habib `Ali bin Husain al-Hadar, Habib `Abdur Rahman bin `Abdullah al-Habsyi dan Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Athtas (Habib Keramat Empang, Bogor). Oleh gurunya, Habib `Abdullah bin Muhsin al-`Aththas, beliau dipanggil dengan panggilan "Habib Kuncung" kerana kopiah kuncung yang selalu dipakainya. Maka terkenallah beliau dengan gelaran tersebut. Habib Kuncung amat mencintai para guru beliau. Dengan Habib `Abdullah Keramat Empang, beliau memiliki hubungan yang cukup akrab bak anak dengan ayah. Bahkan di mana pun ada Habib `Abdullah, pasti di situ ada Habib Kuncung. Hubungan ini berterusan sehinggalah gurunya ini wafat. Habib Kuncung pada asalnya menjalankan perniagaan dan berjaya menjadi seorang pedagang yang berjaya sehingga memiliki harta di Singapura. Kemudiannya, beliau lebih suka menjalani h...

Ya Amaanal Khaaifin

Di atas adalah bentuk doa "Ya Amaanal Khaaifiin" yang biasa diamalkan orang kita. Ianya ese ambil dari himpunan "`Aziizul Manaali wa Fathu Baabil Wishaal" yang berisikan antara lain, Ratib al-`Aththas, yang dihimpun oleh al-`Alim KH Fathullah Harun rahimahUllah. Beliau meletakkan doa ini selepas doa ratib yang masyhur tersebut. Biasanya orang-orang kat tempat kami menjadikan doa ini sebagai doa penutup setelah sembahyang fardhu dan sebagainya. Tiada sesiapa yang menyanggah amalan berdoa dan menyeru Allah dengan panggilan "Ya Amaanal Khaaifiin" tersebut di tempat kita ini, sehinggalah sekitar tahun 2003 di mana satu polemik mengenainya dicetuskan oleh seseorang yang mengaku bergurukan kepada Syaikh Muhammad bin `Abdul Qadir al-Mandili yang kononnya menyatakan bahawa doa tersebut tidak boleh diamalkan kerana ianya berasal daripada doa kaum Yahudi yang memohon keselamatan daripada Haman. Mujur juga polemik tersebut cepat dipadamkan oleh para ulama kita. Bahka...